Norris tekad takluk GP Itali

Norris tekad takluk GP Itali

LANDO NORRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA: Pelumba Mclaren, Lando Norris tekad untuk mengekalkan momentum kemenangannya menjelang Grand Priz (GP) Itali, di Monza, hujung minggu ini.

Bagaimanapun, pelumba Britain itu memerlukan lebih banyak kemenangan bagi mengurangkan jurang 70 mata berbanding Max Verstappen yang mana memenangi perlumbaan dua musim di GP terbabit.

Perlumbaan Ahad ini adalah pusingan terakhir Eropah musim 2024 dan Ferrari yang beraksi di halaman sendiri, pastinya mahu memberikan penyokong mereka kegembiraan selepas aksi tidak konsisten setakat ini.

“Mana-mana pasukan berpeluang untuk menang. Ferrari, Mercedes, Red Bull dan kami.

“Monza adalah litar yang sama sekali berbeza. Jadi, kami akan terus fokus dan berusaha,” kata Norris.

Mclaren sebelum ini mencatat kemenangan satu dua di Monza ketika 2021 dengan Norris menjadi naib juara di belakang bekas rakan sepasukannya, Daniel Ricciardo.

Verstappen yang menduduki tempat kedua di GP Belanda minggu lalu berkata beliau enggan mengalah dan mahu melihat perkembangan seterusnya.

“Sudah tentu di Monza banyak perkara baru. Kami sedar masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata juara dunia tiga kali itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya