Nik Nazmi, Fahmi Fazil tak jadi bertanding jawatan Presiden KLFA

Nik Nazmi, Fahmi Fazil tak jadi bertanding jawatan Presiden KLFA

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad secara rasmi menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Nik Nazmi berkata keputusan itu dibuat selepas Kabinet telah memutuskan bahawa anggota pentadbiran tidak dibenarkan bertanding bagi merebut jawatan persatuan sukan.

“Justeru, saya menerima keputusan tersebut dan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA. Saya akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang sihat dan menyokong kejayaan KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional.

“Pada masa sama saya akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers, salah satu kelab gabungan KLFA, yang saya asaskan pada 2018,” kata Nik Nazmi di akaun X miliknya.

FAHMI FADZIL

Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan dibuat Kabinet pada 2007 supaya tiada mana-mana anggota pentadbiran termasuk menteri dan timbalan menteri dibenarkan menjadi presiden dalam mana-mana persatuan sukan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu adalah untuk memastikan anggota pentadbiran kerajaan kekal dengan amalan tidak terbabit dalam perkara berkenaan.

Serentak dengan keputusan itu, beliau yang juga Menteri Komunikasi mengumumkan penarikan diri daripada bertanding sebagai Presiden KLFA.

Kongres Pemilihan KLFA yang dijadual berlangsung pada 7 September ini bagaimanapun bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas persatuan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya