Nemour raih emas pertama benua Afrika, Yulo tambah koleksi

Nemour raih emas pertama benua Afrika, Yulo tambah koleksi

(DARI kiri) Qiu Qiyuan, Kaylia Nemour dan Sunisa Lee bergambar semasa upacara podium untuk acara acara palang bertingkat wanita gimnastik artistik Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Bercy, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Atlet gimnastik Algeria, Kaylia Nemour merangkul emas pertama untuk benua Afrika menerusi acara palang bertingkat, awal pagi tadi.

Pada hari kedua final apparatus, atlet berusia 17 tahun itu mengungguli acara terbabit dengan 15.700 mata mengatasi wakil China, Qiu Qiyuan yang sekadar meraih perak diikuti Sunisa Lee dari Amerika Syarikat membawa pulang gangsa.

“Saya sangat terkejut, ia adalah impian saya. Saya tidak percaya ia berlaku, saya hilang kata-kata,” kata Nemour.

ATLET Filipina, Carlos Edriel Yulo bergambar semasa upacara podium untuk acara gimnastik artistik lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Bercy, hari ini. – AFP

Sementara itu, atlet gimnastik Filipina, Carlos Yulo meraih emas keduanya di Paris selepas memenangi acara melombol.

Yulo sebelum itu turut merangkul emas pada acara senam lantai, semalam.

Atlet berusia 24 tahun itu mengungguli acara final melombol lelaki dengan catatan 15.116.

“Ia sangat gila kerana semalam saya tidak dapat tidur. Pagi ini saya sangat mengantuk, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Yulo.

Pingat perak diraih oleh wakil Armenia Artur Daytan manakala gangsa dibawa pulang oleh Great Britain, Harry Hepworth.

Atlet Amerika Syarikat, Simone Biles gagal layak ke final acara palang bertingkat tetapi berpeluang menambah koleksi pingat emas dalam acara batang titian (balance beam) dan senam lantai untuk pasukannya selepas gelaran all-around serta melombol di Paris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya