BELLLINZONA: Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland hari ini dijangka membuat keputusan dalam kes dua eksekutif PetroSaudi yang dituduh menggelapkan AS$1.8 bilion (RM7.8 bilion) daripada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketua eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid, 48, dan Patrick Mahony, 47, pengarah di syarikat carigali dan pengeluaran minyak Arab Saudi, dituduh terbabit dalam penyelewengan mega yang didalangi oleh Jho Low, penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam perbicaraan yang didengar tiga hakim di mahkamah di bandar Bellinzona, April lalu pendakwa raya Switzerland memohon hukuman penjara yang tinggi untuk kedua-dua lelaki itu.
Agensi berita Keystone-ATS yang melaporkan perbicaraan itu berkata, pendakwa raya Alice de Chambrier menggelar penyelewengan itu sebagai ‘penipuan abad ini’ apabila membandingkan jumlah kerugian dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.
Beliau turut menggelar defendan sebagai ‘kalkulatif, manipulatif dan sangat tamak’.
Beliau memohon hukuman penjara 10 tahun untuk Obaid dan hukuman penjara sembilan tahun untuk pembantu kanannya, Mahony.-AFP