Motorhome GISBH tamatkan pengembaraan 22,800km dari Mekah

Motorhome GISBH tamatkan pengembaraan 22,800km dari Mekah

GISBH
Dua buah motorhome GISB Holding yang pulang ke Malaysia dari Mekah menggunakan jalan darat selamat tiba di Bukit Kayu Hitam malam tadi selepas merempuh perjalanan lebih 22,000 kilometer.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua buah motorhome milik GISB Holdings (GISBH) telah mengembara sejauh 22,800 kilometer merentas 13 negara sebelum tiba di pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam malam tadi.

Ketibaan motorhome bersama tujuh kakitangan GISBH itu selepas 97 hari perjalanan dalam misi  Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah ke seluruh dunia disambut oleh Pengarah Zon GISBH, Nik Fateh Nik Abdul Kadir.

Rombongan motorhomes itu sepatutnya sampai sebelum Ekspo Perdagangan dan Perlancongan Islam Antarabangsa 2024 di Melaka pada 1-4 Ogos yang lalu tidak dapat mengikut perancangan awal kerana beberapa masalah teknikal.

Perjalanan darat yang dicetuskan oleh Pengerusi Eksekutif GISBH, Nasiruddin Mohd Ali bertujuan mengenangkan sejarah kemasukkan Islam ke Tanah Melayu.

Sebelum sampai ke Malaysia, motorhome itu yang bermula di Mekah, Arab Saudi telah melalui Emeriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Kuwait, Iraq, Turkiye, Georgia, Rusia, Mongolia, China, Laos dan Thailand.

Motorhome itu akan dapat terus digunakan untuk program dakwah termasuk di Malaysia.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN