PARIS: Pelari Amerika Syarikat (AS), Sydney McLaughlin-Levrone memecahkan rekod dunia acara 400 meter(m) lari berpagar Wanita di Sukan Olimpik Paris 2024. McLaughlin-Levrone melakukan catatan masa 50.37 saat(s) sekali gus mempertahankan gelaran Olimpik yang dimenanginya sebelum ini di Olimpik Tokyo. Dalam perlumbaan yang berlangsung di Stade de France, rakan senegaranya, Anna Cockrell memenangi perak dengan catatan masa 51.87s manakala ganga menjadi milik atlet Belanda, Femke Bol (52.15s) Ini merupakan kali keenam McLaughlin-Levrone memecahkan rekod dunia dalam acara tersebut, dengan catatan sebelum ini adalah 50.65s yang dilakukannya semasa ujian kelayakan di AS…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya