Magis Fifah tamat badi emas 18 tahun boling Perak

Magis Fifah tamat badi emas 18 tahun boling Perak

Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (tengah) bersama pasukan boling Perak di Sukma Sarawak 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sentuhan ‘magis’ bekas juara dunia 2017,Syaidatul Afifah Badrul Hamidi yang baru setahun mengendali skuad boling Perak telahpun membuahkan hasil.

Kejayaan duo boling lelaki Perak, Faris Zainal Abidin-Syed Adrees Darwiz Syed Zunizam menamatkan kemarau 18 tahun pingat emas dalam sukan boling lelaki di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak membuktikan betapa bernilainya ilmu dicurahkan Syaidatul Afifah.

“Perasaan tentunya gembira, saya baru setahun bawa pasukan dan banyak tekankan tentang teknikal, kelengkapan, cara permainan dan sebagainya.

“Tetapi semangat mereka bermain hari ini (semalam) selepas 18 tahun pasukan lelaki tidak pernah menang pingat emas dan ini pertama kali kita menang.

“Sebenarnya kita bukannya pasukan pilihan untuk menang di Sukma ini tetapi dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada, saya curahkan…Alhamdulillah kita menang emas.

“Mereka juga bukan dalam kalangan pelapis kebangsaan dan hanya pemain Perak sahaja dan saya sangat puas dengan semangat juang ditunjukkan, mereka lawan hingga saat akhir,” katanya.

Syaidatul Afifah atau lebih mesra disapa Fifah mengambil alih tugas jurulatih awal tahun ini selepas Persatuan Tenpin Boling Perak membuat tawaran rasmi untuk saya melatih pasukan walaupun pernah membantu secara tidak rasmi di belakang tabir pada 2022.

“Saya akan berulang-alik setiap minggu dari rumah di Kuala Lumpur ke Perak dan menghabiskan empat hari dari Jumaat hingga Isnin, melatih pasukan negeri asal saya di Ipoh Parade.

“Saya mengajar pemain semua yang saya tahu mengenai sukan ini dan saya berpuas hati dengan persembahan mereka,”jelasnya.

Sementara itu, Syed Adrees berkata pingat emas itu membuktikan bahawa dirinya sememangnya layak dalam sukan boling.

“Pingat emas ini membuktikan bahawa saya memang layak berada di sini. Saya berlatih selama 10 tahun tetapi tidak berpeluang untuk membuktikan kemampuan diri.

“Saya mula dalam pasukan Perak pada usia 10 tahun dan dinaikkan dari pemain simpanan kepada pemain senior tetapi banyak perkara berlaku.

“Ketika Covid-19 juga menghalang kemajuan saya, jadi saya sangat gembira dengan kejayaan ini pada penampilan pertama saya di Sukma,” kata pemain berusia 20 tahun itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya