'Maafkan saya Malaysia'

‘Maafkan saya Malaysia’

maafkan saya
Hantaran Shah Firdaus Sharim di instastory selepas gagal menyumbangkan pingat kepada negara dalam acara keirin selepas dilanggar pelumba Jepun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Maafkan saya Malaysia’ itu hantaran Shah Firdaus Sahrom di instastory kerana kegagalan menyumbang pingat pada final acara keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, semalam kerana terlibat dalam kemalangan.

“Im sorry Malaysia.” itu hantaran beliau di instastory sekitar pukul 8 malam tadi.

Memetik laporan BERNAMA, pelumba negara itu berkata memerlukan masa untuk menerima dugaan terlepas pingat dan tersingkir akibat kemalangan.

Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar, Johor itu yakin akan menaiki podium di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines malah menyediakan barangan keperluannya untuk upacara penganugerahan pingat.

Impiannya hampir menjadi realisasi apabila berada di kedudukan ketiga dengan perlumbaan memasuki lebih kurang 25 meter terakhir tetapi berkecai dalam masa yang begitu pantas selepas dilanggar oleh pelumba Jepun,Shinji Nakano yang mengakibatkannya dan pelumba Great Britain, Jack Carlin terjatuh.
“Saya memang berada pada posisi untuk meraih pingat apabila telah melepasi separuh daripada basikal Nakano tetapi secara tiba-tiba tayar belakang saya dilanggar. Kemudian pelumba di kedudukan nombor keenam yang dah give up untuk kejar (Matthew Glaetzer dari Australia) tamat perlumbaan di tempat ketiga.
“Dari pagi saya set minda bahawa saya ada kemampuan untuk meraih pingat. Jika saya tidak beri cabaran langsung untuk pingat saya boleh terima tetapi ini susah untuk hadam,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan.
Pemenang dua pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou tahun lepas itu, bagaimanapun berterima kasih kepada Institut Sukan Negara (ISN) yang membantunya kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu dan lutut yang dihadapi sebelum ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN