PETALING JAYA: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou memulakan kempennya pada temasya 2024 di Paris, Perancis dengan kemenangan ke atas wakil Poland, Bartlomiej Mroz dalam saingan Kumpulan A di Arena Porte de La Chapelle, hari ini. Liek Hou yang meletakkan sasaran mempertahankan pingatnya itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set ke atas Mroz 21-10, 21-6 bagi perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan atas badan). Anak jati kelahiran Kuala Lumpur itu yang merupakan juara dunia bakal berdepan wakil tuan rumah, Meril Loquette dalam perlawanan keduanya, Sabtu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya