MONCHENGLADBACH: Florian Wirtz muncul wira Bayer Leverkusen apabila meledak gol kemenangan untuk menewaskan Borussia Moenchengladbach 3-2 dalam aksi pembukaan Bundesliga, hari ini. Skuad kendalian Xabi Alonso terlebih dahulu berada di depan masing-masing hasil jaringan Granit Xhaka pada minit ke-12 dan pemain tengah Jerman, Wirtz pada minit ke-38. Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan selepas rehat apabila Nico Elvedi dan Tim Kleindienst masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-59 dan minit ke-85. Ketika permainan seakan-akan berkesudahan seri 2-2, Wirtz memastikan tiga mata berharga untuk dibawa pulang apabila meledak gol pada masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya