Lee Zii Jia tuai pingat kedua buat negara

Lee Zii Jia tuai pingat kedua buat negara

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tewas kepada pemain muda Perancis, Alex Lanier pada aksi pertama, Terbuka Jepun, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memastikan penyertaan kali kedua dirinya di pentas Olimpik, tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi pingat gangsa pada temasya empat tahun sekali itu di Paris.

Kejayaan itu hadir selepas Zii Jia berjaya bangkit mengetepikan lawannya dari India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 dalam tempoh 71 minit di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan Zii Jia memperbaiki pencapaiannya pada temasya 2020 di Tokyo apabila dia terkandas di peringkat 16 terbaik.

Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia menamatkan badi kekalahan kepada Lakshya dalam tempoh dua tahun dan sekali gus merapatkan jurang rekod pertemuan kepada 2-4.

Terdahulu, beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi atlet pertama menyumbang pingat kepada Malaysia apabila memenangi gangsa ketika menewaskan beregu No.2 dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 dalam aksi cukup dramatik.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mempunyai wakil dalam final acara perseorangan lelaki adalah pada edisi 2016 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Ketika itu, Chong Wei terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tunduk di tangan pemain China, Chen Long.

Malah legenda badminton negara itu turut tunduk dua kali pada final Olimpik iaitu 2008 di Beijing serta 2012 London kepada Lin Dan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN