Lee Zii Jia tewas di pusingan pertama Terbuka Jepun

Lee Zii Jia tewas di pusingan pertama Terbuka Jepun

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tewas kepada pemain muda Perancis, Alex Lanier pada aksi pertama, Terbuka Jepun, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia mengejutkan negara apabila tewas kepada pemain muda Perancis, Alex Lanier pada pusingan pertama Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Pemain berusia 26 tahun itu tewas dengan dalam permainan straight set 21-18, 21-13 dalam tempoh 41 minit.

Zii Jia dijadualkan menentang pemain China, Weng Hong Yan namun beberapa pemain menarik diri saat akhir menyebabkan beliau diundi menentang Lanier.

Sementara itu, pemain profesional wanita negara, Goh Jin Wei turut mengalami nasib yang sama selepas tewas kepada pemain China, Wang Zhi Yi.

Jin Wei terpaksa berpuas hati tewas pada permainan straight set 18-21, 10-21 pada aksi pusingan pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN