Latihan 'singkat' tak halang Zen Hong raih emas

Latihan ‘singkat’ tak halang Zen Hong raih emas

Cheah Zen Hong berjaya memastikan Pahang mengekalkan dominasi 24 tahun dalam acara berpasukan di Sukma bersama Azrul Akmal Zulkifli dan Riky Mohd Yasin Pakriudin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Tiga penembak Pahang merangkul dua pingat emas dalam acara Pistol Standard 25 meter (m) di Lapang Sasar Menembak Petra Jaya, semalam.

Terdahulu, Cheah Zen Hong memenangi kategori individu sebelum mengekalkan dominasi 24 tahun Pahang dalam acara berpasukan bersama Azrul Akmal Zulkifli dan Riky Mohd Yasin Pakriudin.

“Untuk acara ini saya hanya sempat berlatih dua hingga tiga minggu tetapi asas (tembakan 25m Pistol Standard) saya sudah ada. Acara ini lebih sukar berbanding 10m (Air Pistol), cuaca pun turut main peranan.

“Cuaca hari ini (semalam) agak baik, saya pun boleh buat kerja saya ikut perancangan. Di Pahang, kami lebih beri perhatian untuk pastikan kejayaan berpasukan terlebih dulu,” kata Zen Hong.

Zen Hong mengesahkan pingat emas acara individu selepas merekodkan 560 mata, hanya dipisahkan dua mata berbanding rekod Sukma milik Muhd Wisnu Awaluddin, juga dari Pahang yang dilakukannya pada edisi 2012.

Riky yang merekodkan bidikan 538 mata menamatkan saingan di tempat ketiga manakala Azrul yang juga pemenang pingat perak pada edisi 2022 sekadar berada di tempat kelima (535 mata).

Secara keseluruhan, Pahang mencatatkan 1633 mata keseluruhan dalam acara berpasukan, mengatasi Terengganu (1595 mata) dan Selangor (1546 mata).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya