Kongres KLFA tergantung sementara kerana SPRM

Kongres KLFA tergantung sementara kerana SPRM

ABDULLAH Sani Abdul Hamid (kanan) sedia bertanding merebut kerusi Presiden KLFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang dijadualkan pada 7 September ini terpaksa digantung buat sementara waktu berikutan siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap persatuan itu.

Pemangku Presiden KLFA, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan bahawa masa depan kongres tersebut akan bergantung kepada keputusan siasatan SPRM.

Menurutnya, SPRM telah diberi tempoh 14 hari untuk melengkapkan siasatan mereka.

“Sekiranya SPRM mendapati terdapat unsur salah laku, kongres ini akan ditangguhkan. Namun, jika tiada kesalahan dikesan, kongres akan diteruskan seperti yang dijadualkan pada 7 September,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KLFA.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mendedahkan bahawa beberapa kelab yang sebelum ini digantung kerana tidak aktif akan dibenarkan menyertai kongres kali ini.

Beliau menegaskan bahawa keputusan ini dibuat setelah mengambil kira status kelab-kelab terbabit yang telah dibatalkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan persaingan sengit dalam kongres kali ini berikutan minat yang tinggi dari pelbagai pihak untuk terlibat dengan KLFA.

“Saya yakin akan ada pertandingan kerana ramai yang berminat dengan KLFA,” katanya.

Pencalonan bagi jawatan yang dipertandingkan dalam kongres tersebut bagaimanapun masih belum dimuktamadkan ekoran siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya