Kod Sukan Selamat tak lindungi pegawai jadi mangsa buli siber

Kod Sukan Selamat tak lindungi pegawai jadi mangsa buli siber

HANNAH ketika sidang akhbar selepas menyambut ketibaan atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAKI bangku bukan lalang dan biasa melawan arus. Yang betul kaki bangku kata betul. Yang salah, kaki bangku akan tegur.

Sepanjang temasya Sukan Olimpik Paris 2024, warga siber daripada jabatan netizen bermaharajalela mengulas sama ada prestasi kontinjen negara yang dianggotai oleh 26 atlet, mahupun isu-isu berbangkit.

Turut menjadi topik hangat ialah isu Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, yang dikecam kerana membawa ahli keluarganya ke Paris, sedangkan jurulatih Goh Jin Wei, Nova Armada, serta kumpulan sokongan Lee Zii Jia, tidak diberi akreditasi.

Sebenarnya, kuota itu tidak jadi isu. Sebagaimana Norza jelaskan, beliau berhak membawa mana-mana tetamu atau ahli keluarganya, dengan syarat beliau sendiri hadir ke Olimpik. Faedah ini dinikmati oleh semua Presiden dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan daripada semua negara.

Akses yang diberikan tidak sama dengan kumpulan sokongan atau jurulatih. Untuk jurulatih atau rakan sepelatih, mereka diberi akreditasi lain, dengan akses berbeza.

Jurulatih Jin Wei, Nova sudahpun menyatakan hasratnya memberi tumpuan kepada Cheah Liek Hou untuk Sukan Paralimpik bermula minggu depan. Zii Jia juga sudahpun mengucapkan terima kasih kepada MOM menerusi hantaran di media sosial kerana menguruskan penginapan dan akreditasi kumpulan sokongannya.

Netizen boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah tanpa dibebani tanggungjawab membentangkan bukti. Sampai bila begini?

Apakah Kod Sukan Selamat tidak melindungi kepentingan pemegang jawatan, sedangkan kebanyakan mereka bekerja secara sukarela dan percuma, tanpa sebarang ganjaran?

Bagaimana individu berniat jahat diberi kebebasan penuh untuk menghina, memfitnah dan mengaibkan pemimpin sukan dan ahli keluarga mereka tanpa ada sebarang tindakan?

Tidak semua presiden persatuan sukan kebangsaan bergaji dan bekerja sepenuh masa seperti Datuk Hamidin Mohd Amin. Mungkin juga beliau satu-satunya presiden persatuan kebangsaan yang bergaji, manakala presiden 57 lagi persatuan di bawah payung MOM bekerja secara sukarela.

Kaki bangku harap Yang Berhormat Hannah Yeoh fikir mengenai Kod Sukan Selamat yang harus melindungi pemimpin, jurulatih, ibu bapa selain atlet, daripada menjadi mangsa buli siber.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN