SEOLAH-OLAH berada di Paris apabila ratusan komuniti pereka serta peminat fesyen, selebriti, model dan pempengaruh ‘berkampung’ di Esplanade KLCC, mengikuti Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2024. Ia cukup simbolik sekali gus mengingatkan ramai kepada pentas peragaan gah di kota fesyen yang berlatar belakangkan panorama indah Menara Eiffel. Di sebalik lokasi ikonik, segelintir koleksi diperagakan didakwa mirip cetusan ilham rumah fesyen mewah. Apakah ia satu penghormatan atau sekadar menciplak idea? Penganalisis fesyen, Prof. Dr. Zuhaili Akmal Ismail berkata, situasi itu dikesan berdasarkan elemen atau gaya pilihan yang seolah-olah terikut-ikut koleksi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya