PARIS: Kejayaan Arshad Nadeem memenangi emas dalam acara merejam lembing di Sukan Olimpik Paris telah mengakhiri kemarau Pakistan selepas 40 tahun. Nadeem turut memecahkan rekod temasya apabila melakukan catatan 92.97 meter (m) menewaskan juara bertahan dari India, Neeraj Chopra yang memenangi perak dengan 89.45m, dan gangsa milik Anderson Peters dari Grenada (88.54m). Penantian Pakistan selama 40 tahun untuk memenangi emas di Olimpik tamat selepas kali terakhir mereka melakukannya pada edisi 1984 di Los Angeles menerusi sukan hoki lelaki. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui juara Olimpik itu terpaksa bertungkus-lumus untuk membeli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya