Khaled Meshaal dijangka ganti Ismail Haniyeh

Khaled Meshaal dijangka ganti Ismail Haniyeh

KETUA Hamas, Khaled Meshaal ketika mengadakan sidang akhbar di ibu negara Qatar, Doha, pada 28 Ogos 2014.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Khaled Meshaal dikhabarkan bakal menjadi pemimpin baharu Hamas, menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di ibu negara Iran, semalam.

Sumber kumpulan pejuang itu berkata, Meshaal, 68, antara dinamakan sebagai tokoh yang berkemungkinan dipilih menjadi ketua utama Hamas.

Selain Meshaal, pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya, yang berpangkalan di Qatar dan mengetuai rundingan tidak langsung gencatan senjata Gaza dengan Israel, juga berpotensi untuk dipilih memandangkan beliau disenangi oleh Iran dan sekutu di rantau ini.

Hubungan Meshaal dengan Iran tegang kerana sokongan masa lalunya terhadap pemberontakan yang dipimpin oleh Muslim Sunni pada 2011 terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Meshaal, pemimpin utama politik Palesti yang berada dalam buangan, menjadi tokoh penting di peringkat tertinggi Hamas sejak akhir 1990-an.

Beliau dikenali di seluruh dunia pada 1997 selepas ejen Israel menyuntiknya dengan racun dalam satu percubaan membunuh yang gagal di luar pejabatnya di Amman, Jordan.

Selepas pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin dibunuh dalam serangan udara pada Mac 2004 dan Israel membunuh penggantinya, Abdel Aziz Al-Rantissi sebulan kemudian, Meshaal mengambil alih kepemimpinan keseluruhan kumpulan pejuang itu.

Seperti pemimpin Hamas lain, Meshaal bergelut dengan isu kritikal sama ada untuk mengambil pendekatan yang lebih pragmatik terhadap Israel dalam mengejar pembentukan negara Palestin atau terus berjuang.

Meshaal menolak idea perjanjian damai kekal dengan Israel, tetapi beliau pernah menegaskan Hamas boleh menerima pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur bagi penyelesaian sementara sebagai balasan untuk gencatan senjata jangka panjang.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN