Ketumpulan serangan punca Terengganu seri

Ketumpulan serangan punca Terengganu seri

PEMAIN Terengganu meraikan jaringan dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ketumpulan jentera serangan menjadi punca Terengganu FC (TFC) hanya mampu mengutip satu mata setelah seri 1-1 dengan Sri Pahang di laman sendiri, semalam.

Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner, berkata, TFC perlu menyalahkan diri sendiri gagal menyudahkan deretan peluang terutama pada babak kedua.

Menurut Steinbruckner, skuad bimbingannya mampu memenangi aksi derbi Pantai Timur itu dengan selesa namun memilih jalan sukar apabila hilang fokus di hujung permainan.

“Satu mata ini sangat mengecewakan kerana kami dihukum akibat kelalaian ketika bertahan dalam situasi bola mati sehingga memberikan gol penyamaan pihak lawan.

“Pemain-pemain saya berjaya mendominasi penguasaan bola untuk 90 minit dan gol pembukaan Nurillo (Tukhtasinov) hadir tepat pada masanya di hujung babak pertama.

“Selepas rehat kami dihidangkan beberapa peluang keemasan untuk mendapatkan gol kedua namun dihampakan ketumpulan penyudah,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, kapten Sri Pahang, Stefano Brundo memusnahkan hasrat TFC mengutip mata penuh selepas menanduk masuk gol penyamaam pada minit ke-93.

Jaringan itu memadam kelebihan TFC yang terlebih dahulu memecahkan kebuntuan menerusi percubaan Nurillo Tukhtasinov dalam masa tambahan babak pertama.

TFC kemudian memiliki peluang melalui Akhyar Rashid (m-48), Nik Sharif Haseefy (m-85) serta Ubaidullah Shamsul Fazili (m-87) namun dinafikan penjaga gol lawan.

“TFC juga bergelut 15 minit terakhir dengan Sri Pahang agresif melancarkan hantaran bola tinggi dan menghukum kelekaan benteng pertahanan kami,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN