Kem berbasikal trek negara sedia gegar Paris

Kem berbasikal trek negara sedia gegar Paris

AZIZULHASNI Awang, Muhammad Shah mampu menjadi tenaga pengajar terbaik buat Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri serta atlet-atlet pelapis negara yang lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir sebulan berkampung di bumi Mallorca, Sepanyol, kem berbasikal trek negara kelihatan bersiap sedia untuk memberikan cabaran sengit di Paris.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berlepas ke Paris dari kem latihan berkenaan, semalam.

Azizulhasni menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata, sesi latihan di Sepanyol itu berjalan 100 peratus dengan lancar dan hasilnya bakal dipersembahkan pada perlumbaan minggu depan.

“Selesai sesi latihan di Mallorca. Saya tidak mengalami masalah pada persiapan kali ini dan sangat gembira dengan kemajuannya.

“Sekarang saya tidak sabar untuk ke Paris,” kata Azizulhasni menerusi Facebook miliknya.

Azizulhasni bersama Shah Firdaus akan memulakan acara pecut individu pada 7 Ogos ini sebelum keirin membuka tirainya pada 10 Ogos.

“Enam hari lagi sebelum perlumbaan saya bermula,” ujar Azizulhasni.

Nurul Izzah dijadualkan akan memulakan acara keirin pada 8 Ogos ini disusuli pecut, tiga hari kemudian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya