PETALING JAYA: Sekalipun terlepas pingat gangsa Sukan Olimpik, pencapaian Pearly Tan-M. Thinaah pada temasya terbesar di dunia itu wajar diberi pujian selepas berjaya melangkah sehingga ke kedudukan perebutan pingat di Paris, Perancis. Sebentar tadi, pasangan No.12 dunia itu tunduk kepada beregu No. 4 dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun menerusi kekalahan straight set 11-21, 11-21 di Arena Porte De La Chapelle. Pearly-Thinaah tidak memiliki rekod baik berdepan Matsuyama-Shida apabila hanya pernah mencatat satu kemenangan daripada 10 pertemuan lalu. Walau apapun keputusan yang telah tersurat pada penampilan sulung Pearly-Thinah di temasya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya