Kecederaan Djokovic jejaskan misi pemburuan emas pertama - Utusan Malaysia

Kecederaan Djokovic jejaskan misi pemburuan emas pertama

PEMAIN Serbia, Novak Djokovic memukul bola kepada orang ramai ketika dia meraikan kemenangannya ke atas wakil Greece, Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan tenis suku akhir perseorangan lelaki di Stadium Roland-Garros semasa Sukan Olimpik Paris 2024, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemain nombor dua dunia, Novak Djokovic dalam dilema untuk meneruskan perjuangan separuh akhir Sukan Olimpik Paris susulan tahap kecederaannya yang masih menjadi tanda tanya.

Djokovic dipaksa ‘mandi peluh’ pada aksi suku akhir untuk menewaskan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas 6-3, 7-6(7/3).

Selepas perlawanan itu, pemain berusia 37 tahun itu terpaksa mendapatkan rawatan berikutan tergelincir di gelanggang terbabit.

“Saya amat bimbang mengenai kecederaan lutut ini. Saya perlu melakukan pemeriksaan bersama pasukan perubatan dan kita akan lihat.

“Saya akan bermain hari ini pukul 7 petang (1 pagi waktu Malaysia), ianya dapat memberikan saya sedikit masa. Namun saya harap saya dapat bersedia dan optimis. Saya harus melakukannya,” ujarnya.

Djokovic bakal berdepan wakil Itali, Lorenzo Musetto pada pukul 1 pagi esok waktu Malaysia.

Untuk rekod, juara Grand Slam 24 kali itu masih memburu emas Olimpik pertama susulan hanya sekadar membawa pulang gangsa pada edisi Beijing 2008. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya