KBS sedia RM1 juta buat e-sukan

KBS sedia RM1 juta buat e-sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah melancarkan Dana Esukan KBS 2024 bagi edisi kedua dengan jumlah peruntukan dana tersebut digandakan kepada RM1 juta.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KBS memberitahu sebanyak RM250,000 dana telah diperuntukkan pada edisi pertama bagi tempoh November 2023 hingga Februari lalu dan disalurkan kepada 14 penerima daripada 108 permohonan.

“Oleh itu, dengan peningkatan peruntukan dana dalam edisi kedua ini, dijangka dapat memberi impak positif kepada lebih ramai penerima manfaat serta memacu pertumbuhan ekosistem e-sukan negara.

“Dana Esukan KBS diwujudkan bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri e-sukan tempatan supaya mereka dapat menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara serta merancakkan ekosistem e-sukan negara.

“Dana ini meliputi pelbagai inisiatif, termasuk pembangunan bakat, penganjuran acara dan pertandingan e-sukan, menaik taraf kemudahan e-sukan, inisiatif sains dan penyelidikan e-sukan, serta program e-sukan komuniti,” katanya.

KBS turut mempelawa pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara e-sukan memohon dana tersebut.

Dana berjumlah RM1 juta tersebut dibahagikan mengikut dua kategori iaitu umum sebanyak RM700,000 diperuntukkan dengan had pembiayaan maksimum RM30,000 setiap permohonan.

Kategori kedua adalah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sebanyak RM300,000 diperuntukkan dengan had pembiayaan maksimum RM15,000 setiap permohonan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya