PARIS: Pelari Trinidad and Tobago, Renny Quow mencuri tumpuan penonton apabila sebelah kasutnya tertanggal ketika beraksi dalam acara saringan 4×400 meter (m) Sukan Olimpik Paris di Stade de France. Quow bermula dengan baik dan mendahului larian seketika sebelum sebelah kasutnya tertanggal namun atlet berusia 36 tahun itu tetap terus beraksi. Bagaimanapun, kuartet Trinidad and Tobago menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir. Tempat pertama dimenangi Botswana manakala kedua menjadi milik Britain dan ketiga, Amerika Syarikat (AS) . – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya