Kami tidak berpura-pura - Tunku Mahkota Ismail - Utusan Malaysia

Kami tidak berpura-pura – Tunku Mahkota Ismail

PEMANGKU Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan bersama pemain JDT, Junior Eldstal selepas menjuarai Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. - IHSAN IG HRHCROWNPRINCEOFJOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyatakan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan membuat janji kosong, sebaliknya hanya mahu terus melakar kemenangan.

Tunku Mahkota Ismail yang merupakan pemilik kelab terbabit menjelaskan perkara berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya yang mana berkata Harimau Selatan tidak mencipta drama.

“Kami tidak bercakap, tidak berpura-pura jadi mangsa, mencipta drama, konspirasi dan membuat janji palsu. Kami ‘menang’,” tulis Tunku Mahkota Ismail dalam laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi ruangan yang sama, Tunku Mahkota Ismail turut menulis: “Allah Sentiasa membantu, memihak kepada orang yang benar dan dianiaya. Alhamdulillah”.

JDT mencipta sejarah selepas merangkul kejuaraan hatrik Piala FA selepas membelasah Selangor 6-1 pada aksi final, kelmarin.

Untuk rekod, ianya menjadikan JDT kini sudah meraih trofi sebanyak 28 sejak 2013 selepas 10 kali menjulang Liga Super, Piala Malaysia (4), Piala Sumbangsih (9) dan Piala AFC (1). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya