PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) membayangkan masyarakat Orang Asli akan membuat kejutan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Sabtu ini susulan penerimaan positif terhadap calonnya, Mohd. Rizwadi Ismail. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, berdasarkan pertemuan dengan kepimpinan PN dalam beberapa pertemuan, pihaknya merasai perubahan tersebut dalam kalangan masyarakat Orang Asli. “Bahasa badan, kemesraan serta keselesaan yang diperlihatkan Orang Asli, insya-Allah bakal menghadirkan kejutan. Lebih-lebih lagi pada PRK Nenggiri ini, PN menawarkan untuk melantik seorang Orang Asli menjadi pegawai kepada calon PN, Mohd. Rizwadi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya