JDT, Selangor raih pendapatan lumayan daripada AFC

JDT, Selangor raih pendapatan lumayan daripada AFC

JDT sudah bersedia menghadapi kempen ACLE 2024-25.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) akan meraih pendapatan lumayan berjumlah AS$800,000 (RM3.52 juta) selepas mengesahkan penyertaan bersaing di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25.

Jumlah tersebut diberikan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kepada semua pasukan yang mengambil bahagian di peringkat liga kejohanan tertinggi Asia berkenaan.

Skuad Harimau Selatan yang menjadi wakil tunggal Malaysia di pentas ACLE turut berpeluang meraih duit tambahan berjumlah RM885,600 jika berjaya layak ke pusingan 16 terakhir.

Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir pula akan menerima ganjaran RM1.77 juta dan tambahan RM2.65 juta sekiranya berjaya mara ke separuh akhir.

Bonus lebih lumayan bakal dinikmati pasukan yang berjaya melangkah ke pentas akhir dengan juara akan menerima RM44 juta manakala pasukan naib juara RM17.7 juta.

Selangor bakal meraih RM1.3 juta.

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia, Selangor FC yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25 meraih RM1.3 juta yang mana jumlah itu diberikan bagi setiap pasukan yang menyertai saingan peringkat kumpulan kejohanan.

Pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat seterusnya akan menerima bonus tambahan sebanyak RM354,240 bagi pusingan 16 terakhir, RM708,480 (suku akhir) dan RM1 juta (separuh akhir).

Pasukan juara ACL2 pula akan menerima hadiah kemenangan berjumlah RM11 juta manakala naib juara meraih RM4.4 juta.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN