JDT idam hatrik, Selangor buru kejutan

JDT idam hatrik, Selangor buru kejutan

PEMAIN-Pemain Selangor FC menjalani sesi latihan rasmi bagi mencuba padang Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.-IHSAN FB SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pertembungan antara penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Selangor FC bagi merebut Piala FA, esok menjanjikan perlawanan yang sengit.

Pasukan yang dibarisi ramai pemain bintang, JDT dijangka mempunyai kelebihan berbanding Gergasi Merah berdasarkan prestasi semasa dalam saingan Piala FA musim ini.

Pemerhati sukan bola sepak, Hasnizam Uzir berkata, skuad Harimau Selatan beraksi dengan baik dan cukup cemerlang di bahagian serangan apabila mencetak gol serta hanya dibolosi satu gol.

Katanya, skuad bimbingan Hector Bidoglio mempunyai struktur yang utuh dan juara bertahan itu juga mempunyai barisan pemain berkualiti di setiap posisi.

“Sungguh pun begitu, JDT tidak boleh terlalu berkeyakinan dan perlu berhati-hati kerana Selangor pastinya sudah memasang perangkap untuk mengejutkan lawan.

“Saya menjangkakan pasukan kendalian Nidzam Jamil akan bermain secara berhati-hati dan bertahan selain menunggu masa yang tepat untuk melakukan serangan balas, itu yang akan menjadi ‘turning point’ pada perlawanan itu,” katanya.

Jelasnya, Selangor juga melalui kempen Piala FA dengan baik setelah ayam tambatan, Ronny Fernandez beraksi cemerlang dengan mempamerkan sentuhan penyudah yang tajam.

Skuad Gergasi Merah juga sangat berbahaya pada situasi ‘set-piece’ atau bola mati dengan Safuwan Baharudin menjadi sasaran utama dan ia dibuktikan dengan jaringan hatrik bagi membawa Selangor ke pentas final.

“Kita dapat saksikan ketiadaan Faisal Halim sejak beberapa perlawanan lalu dapat ditampung dengan baik namun kehadiran figura itu pastinya memberi suntikan semangat buat pasukan yang mahu menghadiahkan kemenangan Piala FA untuknya,” ujarnya.

Menurutnya, JDT pasti akan kekal dengan falsafah pasukan yang diterapkan apabila mendominasi permainan sebaik minit pertama dan cuba mendapatkan gol awal bagi memberikan kelebihan bagi pasukan.

“Penguasaan di bahagian tengah dilihat menjadi faktor pemangkin yang menentukan kemenangan perlawanan ini, sebab itu JDT mempunyai kelebihan berbanding Selangor.

“Saya meramal JDT akan melengkapkan hatrik memenangi Piala FA dengan jaringan 2-1,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya