Jadikan kejayaan Aaron- Wooi Yik sebagai inspirasi- Hannah

Jadikan kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai inspirasi- Hannah

AARON Chia-Soh Wooi Yik ketika merangkul pingat gangsa sukan badminton acara beregu lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024, Ogos lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan kegembiraan dan berbangga dengan prestasi dipamerkan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 malam tadi.

Ia sekali gus menamatkan penantian kontinjen negara untuk meraih pingat sejak temasya berprestij berkenaan membuka tirainya seminggu lalu.

Pada aksi yang penuh mendebarkan, Aaron-Wooi Yik yang bangkit daripada ketinggalan 16-20 di set kedua, untuk menewaskan beregu No. 2 dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark dengan kemenangan 16-21, 22-20, 21-19.

“Terima kasih kepada Aaron dan Wooi Yik kerana telah berjuang habis-habisan untuk mendapatkan pingat gangsa buat Malaysia. Semangat yang ditunjukkan mereka pada set kedua itu sangat memberikan inspirasi kepada sesiapa yang menonton.

“Ini pengajaran yang kita boleh ambil bahawa kita jangan cepat putus asa walaupun kita lihat keadaan itu sukar tetapi siapa sangka mereka dapat hidupkan semula pada set kedua,” kata Hannah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN