Izzah siap sedia beraksi

Izzah siap sedia beraksi

NURUL Izzah Izzati Mohd Asri akan berlumba pada saingan suku akhir Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 pada pukul 7.30 malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengakui berasa teruja dan gementar apabila bakal membuat penampilan pertamanya di Sukan Olimpik Paris.

Izzah tiba di Paris bersama Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom selepas menjalani kem latihan di Mallorca, Sepanyol akan mula beraksi pada esok di Velodrom de Saint-Quentin en Yvelines.

Izzah menjadi atlet wanita pertama negara layak ke Olimpik Paris dalam acara pecut dan keirin mahu menikmati penampilan pertamanya di pentas Sukan Olimpik.

“Saya berasa sangat gembira sebab ini merupakan Sukan Olimpik pertama saya. Saya pun tak sangka saya boleh layak lebih awal kerana jurulatih (John Beasley) ada memberitahu saya sebelum ini untuk fokus pada Sukan Olimpik Los Angeles.

“Alhamdulillah rezeki, saya dapat ke Paris tahun ini. Perasaan gembira dan gementar pada masa sama. Itu normal sebab ini adalah Olimpik pertama saya dan saya akan menikmati detik ini,” katanya.

Sementara itu, Shah Firdaus yang bakal membuat penampilan keduanya di Sukan Olimpik berharap dapat memberikan aksi yang terbaik untuk negara.

Shah Firdaus berkata selepas melakukan kem latihan selama dua bulan dia berasa teruja untuk beraksi malah turut menghitung detik bagi menghadapi Olimpik Paris.

“Ini saya punya Olimpik kedua. Kita lihat nanti macam mana. Kali pertama di Olimpik Tokyo penonton tidak ramai sebab Covid-19. Kali ini agak berbeza,” ujarnya.

Shah Firdaus bersama Azizulhasni akan mula beraksi bagi acara pecut pada 7 Ogos ini dan keirin (11 Ogos).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya