KERALA: Dunia perfileman Malayalam atau Mollywood di Selatan India dicemari kontroversi selepas satu laporan mendedahkan golongan wanita termasuk aktres berdepan gangguan seksual daripada tokoh-tokoh terkenal industri. Laporan Hema yang didedahkan minggu lalu membongkar tentang aktres dan pekerja belakang tabir wanita yang mengalami gangguan seksual, diskriminasi jantina, kurang keselamatan di tempat kerja, kemudahan asas yang tidak mencukupi dan perbezaan gaji. Portal berita DW melaporkan, ia sekali gus memperlihatkan sisi hitam industri perfileman itu sejak sekian lama. Sejurus laporan tersebut didedahkan, Persatuan Pelakon Filem Malayalam (AMMA) dibubarkan selepas seluruh jawatankuasa eksekutifnya meletak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya