Indonesia raih emas pertama

Indonesia raih emas pertama

PEMENANG pingat emas Veddriq Leonardo bergambar di podium acara memanjat 'speed' lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Le Bourget Sport Climbing Venue, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Indonesia berjaya meraih emas pertama selepas atlet memanjat, Veddriq Leonardo muncul juara pada sukan terbabit, sebentar tadi.

Beliau melakar kemenangan dalam acara ‘speed’ mencatat masa 4.75 saat (s) sekali gus merakamkan rekod peribadi terbaiknya menewaskan wakil China, Wu Peng yang sekadar mencatat 4.77s.

Sementara itu, atlet memanjat Amerika Syarikat (AS) Sam Watson berpuas hati dengan pingat gangsanya selepas mencatat rekod dunia baharu sepantas 4.74s menewaskan wakil Iran, Reza Alipour.

Sebelum itu, Watson terlepas tiket ke perlawanan akhir selepas tersingkir susulan tewas kepada Wu di separuh akhir.

Terdahulu, atlet Poland, Aleksandra Miroslaw merangkul pingat emas menerusi ‘speed’ wanita dengan catatan 6.10s menewaskan wakil China, Deng Lijuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN