Hujan lebat, petir diramal melanda Bukit Jalil

Hujan lebat, petir diramal melanda Bukit Jalil

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir diramal melanda kawasan sekitar Bukit Jalil, petang ini.

Bagaimanapun, cuaca diramal baik pada sebelah malam sekali gus bakal memberi kelancaran kepada perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 9 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menerusi laman X dengan penyokong diharap dapat mengambil langkah awal untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ribuan penyokong kedua-dua pasukan dijangka membanjiri stadium yang berkapasiti lebih 80,000 itu bagi menyaksikan pertembungan final antara Harimau Selatan menentang Gergasi Merah.

Saingan kali ini menyaksikan JDT memburu kejuaraan hatrik Piala FA selepas berjaya menjulang trofi itu pada 2022 dan 2023 manakala Selangor berharap mampu merampas kembali trofi Piala FA selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN