Harimau Malaya akan terap corak permainan Barcelona

Harimau Malaya akan terap corak permainan Barcelona

LEGENDA bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh ketika ditemu bual pada program Konvoi Jiwa Merdeka di pusat membeli-belah, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh menyatakan bahawa jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bakal menerapkan gaya permainan seakan-akan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Menurut beliau, setiap jurulatih mempunyai corak permainan dan gaya berbeza yang akan diterapkan dalam pasukan mengikut kelebihan masing-masing.

“Mungkin beliau (Pau Marti) ada gayanya tersendiri dan kalau dia berasal dari Sepanyol, mungkin corak permainan akan lebih cenderung seperti Barcelona.

“Namun pendapat saya, apa sekalipun yang mahu diterapkan, tiada halangan jika juruatih itu diberi masa dan ruang yang cukup. Malah di Malaysia juga ramai yang meminati corak bola sepak Sepanyol,” katanya kepada pemberita ketika program Konvoi Jiwa Merdeka di pusat membeli-belah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dollah berharap Harimau Malaya mampu mempamerkan aksi mengagumkan pada saingan Pestabola Merdeka dan berharap piala itu kembali ke tanah air.

“Kalau kita tengok zaman dahulu piala ini yang paling ditunggu-tunggu oleh pemain. Kalau dapat bermain untuk Malaysia (pesta bola Merdeka) rasa sangat gembira.

“Harapan saya dapat melihat piala itu kembali ke bumi Malaysia sebab ianya satu kemegahan untuk kita,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya