TOKYO: Harga minyak mentah meningkat hampir AS$1 (RM4.45) hari ini apabila kebimbangan berhubung konflik di Asia Barat yang semakin memuncak boleh menjejaskan bekalan bahan bakar di seluruh dunia. Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$1.25 atau 1.6 peratus kepada AS$77.55 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS meningkat AS$1.35 atau 1.9 peratus kepada AS$74.29. Reuters melaporkan, kedua-dua penanda aras tersebut jatuh sekitar 1 peratus semalam berikutan penurunan pasaran saham global. Penurunan harga minyak itu disebabkan kebimbangan tindak balas Iran terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya