Hamas dan Israel henti bertempur, fokus beri vaksin polio

Hamas dan Israel henti bertempur, fokus beri vaksin polio

PEKERJA UNRWA memberikan vaksin Polio dan vaksin virus Rota untuk kanak-kanak di sebuah klinik di kem pelarian Bureij di tengah Gaza, pada 9 September 2020.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Hamas dan Israel bersetuju untuk menghentikan sementara pertempuran di Gaza untuk memberi ruang kepada pemberian vaksin polio membabitkan lebih 640,000 kanak-kanak.

Pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Palestin, Rik Peeperkorn berkata, kempen vaksinasi itu akan bermula pada Ahad ini dengan pertempuran dijadualkan berhenti sementara antara pukul 6 pagi dan 3 petang.

Katanya, usaha terbabit akan bermula di tengah Gaza dengan tiga hari berturut-turut sebelum beralih ke selatan Gaza di mana pertempuran juga dijadual dihentikan sementara selama tiga hari, diikuti langkah sama di utara Gaza.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat persetujuan untuk melanjutkan jeda itu sehari lagi di setiap zon berkenaan sekiranya perlu.

“Pelaksanaan pusingan kedua vaksinasi itu memerlukan jarak tempoh empat minggu selepas pusingan pertama,” katanya.

Vaksinasi itu akan dijalankan secara berasingan di kawasan tengah, selatan dan utara Semenanjung Gaza, dengan masing-masing membabitkan jeda selama tiga hari.

Sebelum ini, usaha Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk memberikan vaksin polio kepada kanak-kanak di Palestin terjejas berikutan keengganan tentera Israel menghentikan serangan di Gaza.

Jurucakap agensi itu di Gaza, Jonathan Crickx berkata, ia susulan arahan pemindahan berterusan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang tidak henti-henti melancarkan serangan ke wilayah Gaza walaupun ketika penduduk amat memerlukan bantuan kemanusiaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN