Haikal-Hon Jian buru final jelajah dunia BWF

Haikal-Hon Jian buru final jelajah dunia BWF

BEREGU Lelaki negara, Haikal Nazri-Choong Hon Jian berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan juara Terbuka Jepun 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada Terbuka Korea Selatan semalam.-IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian ke atas juara Terbuka Jepun 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada Terbuka Korea Selatan semalam membakar semangat mereka untuk memburu mata ranking bagi melayakkan diri ke Kejohanan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Disember ini.

Haikal berkata beliau bersama Hon Jian memasang impian itu berada di kejohanan itu biarpun tewas pada pusingan kedua pada Terbuka Jepun baru-baru ini dan kemenangan ke atas Sze Fei-Nur Izzuddin membuka mata mereka bahawa peluang masih cerah.

“Untuk mata ranking Jelajah Dunia kami sangat bagus sekarang. Saya bersama Hon Jian ada menyasarkan untuk berada di kejohanan itu walaupun kami tewas di pusingan kedua (Terbuka Jepun) kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

“Boleh kata undian kami agak bernasib baik menentang pasangan senegara dan Alhamdulillah kemenangan ke atas mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) memberi lebih mata ranking untuk ke kejohanan terbabit,” kata Haikal.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo itu menyaksikan, beregu lelaki negara memberi tentangan sengit pada juara Terbuka Jepun minggu lalu itu 21-13, 16-21, 16-21 dalam tempoh 55 minit.

Sementara itu, Haikal berkata biarpun pasangan no.12 dunia itu bakal bergerak secara profesional, namun mereka masih membawa nama Malaysia dah tidak disisihkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Mesej saya kepada mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) semoga berjaya. Tidak kisah kalau mereka bermain profesional atau di bawah BAM, mereka masih bermain dan membawa nama Malaysia. Saya berharap perjalanan mereka mudah selepas ini,” katanya.

Menjelang aksi pusingan kedua hari ini, beregu No.19 dunia itu dijadualkan bertemu pasangan tuan rumah, Choi Sol Gyu-Heo Kwang Hee yang menyingkirkan beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Wei Chun Wei menerusi kemenangan 23-21, 15-21, 21-19, semalam.

Untuk rekod, Terbuka Korea 2024 menjadi penampilan terakhir buat Sze Fei-Nur Izzuddin bersama kem kebangsaan selepas bakal bergerak secara profesional bermula 1 September ini.

Keputusan Sze Fei-Nur Izzuddin untuk menukar status sebagai pemain profesional diterima dengan hati terbuka oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Sabtu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya