PETALING JAYA: Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani terus mengibarkan bendera negara di Terbuka Jepun apabila mara ke akhir beregu lelaki.
Pasangan yang akan bergerak secara profesional bermula 1 September ini menunjukkan perkembangan positif.
Gandingan yang berada di ranking 12 dunia itu menewaskan beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana 21-19, 21-17 di pentas separuh akhir, hari ini sekali gus mengatur pertemuan dengan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pentas akhir. – UTUSAN