Generasi baharu perlu berani bersuara, berjuang - Anwar

Generasi baharu perlu berani bersuara, berjuang – Anwar

ANWAR Ibrahim (tengah) melakukan gimik perasmian Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa (iFUTURE 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) malam ini. Turut sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua dari kanan). -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Generasi baharu perlu mempunyai sikap berani bersuara dan boleh menjadi ‘juara’ dalam memperjuang pelbagai isu dihadapi masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, generasi muda bakal berdepan pelbagai isu termasuk soal hutang dan kemiskinan walaupun negara semakin maju sekiranya tiada tindakan diambil oleh mereka.

Kata beliau, generasi tersebut perlu memahami bahawa masyarakat memerlukan mereka untuk mempunyai idea dan prinsip.

“Kita memerlukan generasi muda yang percaya kepada kebebasan, keadilan dan kemanusiaan (kerana) secara bersama kita boleh melakukan perubahan.

“Untuk populasi kita, masih terdapat jurang antara gender, kemiskinan, golongan terpinggir dan seharusnya anak muda ini berani, bersuara mengenai isu yang menjadi perhatian serta keutamaan,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa (iFUTURE 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini malam ini.

Program iFUTURE 2024 yang berlangsung tiga hari melibatkan lebih 1,000 pemimpin mahasiswa tempatan dan antarabangsa daripada 46 buah negara.

Program tersebut menjadi pentas menemukan para pemimpin mahasiswa, kepemimpinan sektor pendidikan tinggi negara dan menteri-menteri Kabinet bagi berdiskusi dalam tujuh sesi forum mengenai pelbagai topik berkaitan kepemimpinan bagi membuka perspektif baharu dalam memahami kedinamikan peranan antara satu sama lain

Yang hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir.

Sementara itu, Anwar berharap iFUTURE 2024 digunakan sebaiknya oleh pemimpin-pemimpin mahsiswa bagi bertukar pandangan antara mereka berlandaskan prinsip masing-masing.

“Saya bangga dengan semangat yang ditunjukkan. Kita harus guna ruang ini sebaik mungkin, memanfaatkan waktu, membina silaturahim, menimba pengalaman dengan teman-teman dan pertahan cita-cita murni dan idealism.

“Apalah erti hidup tanpa pegangan prinsip dan nilai, apa erti kekayaan dan ilmu kalau tidak dijadikan nilai yang baik sebagai paksi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya