Gading Kencana sertai ekspo perdagangan, pelancongan Islam

Gading Kencana sertai ekspo perdagangan, pelancongan Islam

gading kencana
RERUAI Gading Kencana pada Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IITTE) 2024 yang berlangsung selama empat hari sehingga 4 Ogos di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gading Kencana Sdn. Bhd, syarikat penyedia sumber tenaga boleh baharu turut mengambil bahagian dalam Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IITTE) 2024 yang berlangsung selama empat hari sehingga 4 Ogos di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, penyertaan itu bagi meneroka peluang perniagaan yang terdapat pada ekspo itu termasuk mencari peluang kerjasama dengan peserta pameran kira-kira dari 20 buah negara.

“Ekspo ini adalah peluang terbaik untuk kami memposisikan kedudukan Gading Kencana sebagai pemain dalam tenaga boleh baharu khususnya solar bukan  sahaja di Malaysia tetapi di rantau ASEAN dan seluruh dunia terutama negara-negara Islam,” katanya.

IITTE 2024 yang bermula semalam disertai lebih 200 delegasi terdiri daripada pemimpin syarikat antarabangsa, tokoh usahawan, pemain industri halal dan para ilmuan menyertai ekspo kali ini.

Antara negara yang terlibat pada IITTE 2024 adalah Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Jordan, Mesir, Maghribi, Oman, China, Australia, United Kingdom, Perancis, Brunei dan Jerman.

Turut menyertai adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye, Arab Saudi, Algeria, Belanda, Uzbekistan, Bosnia Herzegovina, Tajikistan, Chechen, Mongolia, Tatarstan dan Dagestan.

Pada ekspo ini juga diadakan Pameran Menghayati Kehidupan Rasulullah yang disokong oleh pemilik Muzium Dar Madinah, Arab Saudi. Mereka menghadiahkan kepada kami barangan berkat yang tidak ternilai harganya untuk dipamerkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN