Final Piala FA: JDT mendahului Selangor 2-0

Final Piala FA: JDT mendahului Selangor 2-0

Pemain-pemain JDT, meraikan jaringan pada perlawanan akhir Piala FA 2024 antara JDT menentang Selangor, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) dilandasan meraih kejuaraan hatrik Piala FA selepas mendahului Selangor FC 2-0 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dalam aksi itu, skuad Gergasi Merah terlebih dahulu menguji benteng JDT menerusi beberapa percubaan daripada pemain import, Ronnie Fernandez.

Namun, JDT yang terlebih meraih gol pembukaan hasil sepakan percuma menarik Juan Muniz pada minit ke-25.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad Selangor kendalian Nidzam Jamil berusaha untuk bangkit dengan mencari gol penyamaan namun masih gagal memrobek gawang yang dikawal Syihan Hazmi

Begitupun, JDT berjaya menggandakan kelebihan hasil tandukan pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-42 sekali gus menyaksikan Harimau Selatan selesa mendahului pada babak pertama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN