MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. hari ini mengecam tindakan provokatif Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China yang melakukan gerakan berbahaya dan menjatuhkan suar di laluan pesawat tentera udara Filipina di Beting Scarborough di Laut Filipina Barat. Marcos seperti satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) berkata, tindakan PLA itu menyalahi undang-undang terutamanya ketika Tentera Udara Filipina (PAF) melakukan penerbangan rutin di wilayah maritimnya. “Kami bersusah payah cuba menenangkan keadaan, namun kini terdapat kebimbangan akan berlaku ketidakstabilan di ruang udara kami,” tambahnya. Menurut Marcos, Filipina akan kekal komited kepada diplomasi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya