Fandi belum mahu tekan butang panik

Fandi belum mahu tekan butang panik

PEMAIN Terengganu FC Muhammad Akhyar Abdul Rashid (tengah) dikawal ketat pemain Sri Pahang FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad, belum mahu menekan butang panik susulan kemarau kemenangan sejak aksi pembukaan Liga Super, Mei lalu.

Fandi berkata, skuad Tok Gajah cuma tidak bernasib baik di tangga kesembilan dengan hanya satu kemenangan, empat seri dan tiga kekalahan daripada lapan aksi Liga Super.

Lagenda Singapura itu menjelaskan, apa yang menjadi penilaian adalah peningkatan persembahan yang dipamerkan Sri Pahang terutama dalam empat perlawanan terakhir.

Malah Fandi merancang untuk membawa masuk penyerang import baharu bagi mengubah nasib pasukan itu pada jendela perpindahan kedua, hujung bulan ini.

“Sejak perlawanan terakhir bertemu Sabah, Selangor dan KL City, prestasi kami semakin menunjukkan peningkatan dan Sri Pahang sepatutnya berhak menang perlawanan itu.

“Cuma nasib belum memihak kami sehingga hanya mampu menang sekali musim ini dan menjejaskan kedudukan pasukan dalam carta Liga Super ketika ini.

“Saya akan berbincang dengan pengurusan kelab untuk mendapatkan penyerang baharu tapi bergantung tahap kewangan pasukan,” ujarnya selepas Sri Pahang seri 1-1 dengan Terengganu FC (TFC), di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut pertemuan itu, Fandi menyifatkan satu mata adalah keputusan positif dengan Sri Pahang tidak henti-henti mencipta peluang sehingga wisel penamat.

Jelasnya, perlawanan itu membuktikan skuad Tok Gajah juga mampu menandingi TFC dengan disiplin dan kerja-keras yang dipamerkan barisan pemainnya.

“Pengusaan bola memang memihak TFC tetapi Sri Pahang lebih banyak mencipta gerakan sambil berharap untuk kembali ke landasan kemenangan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN