PARIS: Atlet Sweden, Armand Duplantis membuktikan dirinya berada dalam kelas tersendiri apabila mengatasi rekod dunia miliknya sekali gus mempertahankan emas lompat bergalah di Sukan Olimpik Paris 2024. Pada hari kelima acara olahraga berlangsung, Duplantis dengan kemas membuat lompatan melepasi ketinggian 6.25 meter (m) sekali gus mendapat tepukan gemuruh daripada 69,000 penonton. Ketinggian itu sekali gus mengatasi catatan terbaiknya dengan perbezaan satu sentimeter 6.24 ketika Liga Berlian, April lalu. “Apa yang boleh saya katakan? Saya baru sahaja memecahkan rekod dunia di pentas Olimpik iaitu sukan terbesar buat seorang atlet. “Impian terbesar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya