Dua dipenjara selewng dana 1MDB dipenjara

Dua dipenjara seleweng dana 1MDB dipenjara

PATRICK MAHONY (KIRI) DAN TAREK OBAID (KANAN).-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Dua lelaki masing-masing dihukum penjara enam dan tujuh tahun oleh Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland di Bellinzona semalam di atas kesalahan penyelewengan berkaitan dengan dana kekayaan negara Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid, 48, dihukum penjara tujuh tahun manakala Patrick Mahony, 47, seorang pengarah di syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak Arab Saudi berpangkalan di Geneva, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerlan seperti dilaporkan Reuters.

Keputusan itu adalah episod terbaru dalam skandal 1MDB, kisah kompleks rasuah antarabangsa yang telah melanda banyak institusi kewangan dan individu di seluruh dunia sejak dakwaan salah laku pertama kali muncul pada 2015.

Pendakwa raya mendakwa bahawa warga Switzerland-British iaitu Patrick Mahony dan Swiss-Saudi, Tarek Obaid, membantu menubuhkan usaha sama dengan 1MDB dengan mewujudkan tanggapan bahawa syarikat mereka, PetroSaudi, disokong oleh kerajaan Saudi.

Tertuduh berjaya memujuk lembaga pengarah 1MDB untuk mendaftar ke skim itu pada 2009 sebelum meneruskan penipuan dana itu, kata pendakwa raya.

Agensi berita Keystone-ATS yang melaporkan perbicaraan itu berkata, pendakwa raya Alice de Chambrier menggelar penyelewengan itu sebagai ‘penipuan abad ini’ apabila membandingkan jumlah kerugian dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

Beliau turut menggelar defendan sebagai ‘kalkulatif, manipulatif dan sangat tamak’.

Beliau memohon hukuman penjara 10 tahun untuk Obaid dan hukuman penjara sembilan tahun untuk pembantu kanannya, Mahony.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya