Donald Trump dituduh lagi

Donald Trump dituduh lagi

Donald Trump menghadiri perbicaraannya kerana didakwa menutup pembayaran wang senyap yang dikaitkan dengan hubungan luar nikah, di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York City hari ini. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump berdepan tuduhan baharu dikemukakan Pendakwa Raya Amerika Syarikat (AS) berhubung cubaan campur tangan dalam perjalanan pilihan raya 2020 selepas kalah kepada Presiden, Joe Biden. 

Pertuduhan itu adalah sebagai tindak balas kepada keputusan Mahkamah Agung AS bulan lalu yang menyatakan bahawa Presiden menikmati kekebalan daripada pendakwaan jenayah untuk tindakan rasmi semasa memegang jawatan.

Menurut BBC, Trump bakal berdepan empat pendakwaan yang kini berkaitan dengan statusnya sebagai calon politik dan bukannya Presiden yang sedang berkuasa.

Namun Trump menafikan dakwaan campur tangan dalam pilihan raya, namun terus mengekalkan tuntutan tanpa bukti bahawa berlaku penipuan undi yang meluas ketika itu.

Pendakwaan baharu kelmarin yang dikemukakan oleh Peguam Khas Jabatan Kehakiman Jack Smith, mengekalkan empat tuduhan jenayah terhadap Trump.

Ia adalah konspirasi menipu AS, konspirasi menghalang prosiding rasmi, cubaan menghalang prosiding rasmi dan konspirasi terhadap hak-hak.

Namun beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.

Trump dalam reaksi balasnya terhadap perkembangan baharu itu menerusi satu catatan di laman Truth Social menyatakan, ia adalah cubaan mengalihkan perhatian terhadap pencalonannya pada Pilihan Raya Presiden November ini dan harus dihentikan segera.

Sumber yang rapat dengan pasukan undang-undang Trump memberitahu CBS News, pendakwaan baharu itu tidak mengejutkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN