Din-Fei akur tewas kepada Haikal-Hon Jian

Din-Fei akur tewas kepada Haikal-Hon Jian

GOH Sze Fei (kanan) dan Nur Izzuddin bergambar di podium selepas kemenangan mereka menentang pemain Korea Selatan, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae semasa perlawanan akhir beregu lelaki kejohanan badminton Terbuka Jepun di Arena Yokohama, minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara Terbuka Jepun 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas kepada beregu senegara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian pada aksi pusingan pertama Terbuka Korea Selatan 2024, pagi tadi.

Gelaran terbabit tidak bertahan lama apabila Muhammad Haikal-Hon Jian mempamerkan tentangan sengit kepada pasangan no.12 dunia itu menerusi permainan rubber set 21-13, 16-21, 16-21 dalam tempoh 55 minit.

Sze Fei berkata beliau akur dengan kekalahan mereka ke atas rakan senegara pada aksi terakhir mereka di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Saya rasa kita sudah memberikan yang terbaik dan ini hasil keputusannya. Kita harus menerimanya.

“Pada Terbuka Hong Kong nanti kami akan analisis semula permainan dan mengetahui kelemahan yang perlu kami perbaiki,” kata Sze Fei.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang bakal bergerak sebagai pemain profesional 1 September ini akan meneruskan jelajah mereka di Terbuka Hong Kong pada 10 hingga 15 September ini.

Muhammad Haikal-Hon Jian yang kini berada di ranking ke-19 dunia dijadualkan bertemu gandingan tuan rumah, Choi Sol Gyu-Heo Kwang Hee dan ianya menjadi pertemuan sulung buat kedua-dua beregu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya