LONDON: Manchester City memulakan kempen mempertahankan gelaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan kemenangan apabila menewaskan Chelsea 2-0 sebentar tadi. Dua gol City masing-masing dijaringkan oleh Erling Haaland dan Mateo Kovacic sekali gus memberi permulaan yang sempurna kepada skuad kendalian Pep Guardioala dalam memburu kejuaraan EPL buat kali kelima berturut-turut. City tidak menunggu lama apabila Haaland yang membuat penampilan ke-100 bersama skuad The Citizens menjaringkan gol pertama seawal minit ke-18 sebelum Kovacic meledak gol kedua pada minit ke-84. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea yang dipimpin oleh jurulatih baharu, Enzo…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya