MANCHESTER: Pertahanan kanan Portugal, Joao Cancelo telah menandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al-Hilal selepas perkara tersebut disahkan oleh Manchester City.
Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Barcelona secara pinjaman pada musim lalu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama juara Liga Pro Saudi tersebut.
Cancelo menyertai City pada 2019 dari Juventus menjadi watak utama dalam tiga musim pertamanya di kelab tersebut.
Bagaimanapun, dia dilaporkan mempunyai isu dengan pengurus City, Pep Guardiola berikutan Cancelo kurang diturunkan pada pertengahan musim 2022-2023 dan menghabiskan baki musim tersebut secara pinjaman di Bayern Munich.
Cancelo memenangi tiga trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Piala Liga di Stadium Etihad.
Cancelo menjadi pemain berprofil tinggi menyertai Al-Hilal pada musim perpindahan kali ini dan menyertai bintang Brazil, Neymar serta beberapa bekas pemain EPL Kalidou Koulibaly, Ruben Neves dan Aleksandar Mitrovi dalam skuad kendalian Jorge Jesus itu. – AFP