Bonilla perkuat jentera serangan TFC

Bonilla perkuat jentera serangan TFC

BONILLA merupakan pemain prolifik kelahiran El Salvador dan merupakan kapten skuad kebangsaan negara itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penyerang skuad kebangsaan El Salvador, Nelson Bonilla, menjadi rekrut terbaharu Terengganu FC (TFC) menghadapi saingan musim ini.

Kehadiran Bonila, 34, disahkan apabila dia diperkenalkan sebelum sepak mula Kejuaraan Kelab Asean (ACC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Untuk rekod, Bonilla merupakan penjaring terbanyak Sukhotai FC yang menamatkan musim 2023/24 di tangga ke-13 daripada 16 pasukan dalam Liga Thailand dengan 12 gol.

Selain itu, dia turut memiliki 60 kap bersama skuad kebangsaan dan menjaringkan satu gol pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026, 10 Jun lalu.

Di Thailand, Bonilla turut beraksi untuk Port FC, Chiangrai United dan Bangkok United selain berpengalaman bermain dalam Liga Portugal dan Turki.

Kehadiran penyerang prolifik itu akan memperkemaskan jentera serangan TFC yang kehilangan Ivan Mamut sehingga hujung tahun ini akibat kecederaan.

Bonilla dijangka akan membuat penampilan sulung bersama skuad Penyu pada aksi Liga Super menentang Sabah di Stadium Likas pada 15 September nanti.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, sebelum ini berhasrat memperkemaskan pasukannya selepas Mamut tercedera ketika latihan pra-musim, Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya